Sunday 23 October 2011

Ayat Tunggal

1.1  Binaan Ayat Tunggal 
Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah ayat yang menerangkan subjek. Misalnya, Ali berjalan kaki. 
Ali ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala berjalan kaki pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut.   
Di bawah ialah contoh ayat tunggal bahasa Melayu yang terdiri daripada subjek dan predikat: 

    
Subjek
Predikat
1. Ahmad  
2. Dia
3. Mereka
4. Orang tua itu  
5. Pelajar itu  
6. Kamu   
7. Sabar itu
8. Berenang
9. Bahasa
10. Engkau
11. Awak
guru.
jurutera pelatih.
sedang mandi di sungai.  
kuat berjalan.
membeli buku.
keluar!
separuh daripada iman.
menyihatkan badan.
jiwa bangsa.
tunggu dia disini.
tak usah datang lagi.
 
  1.2 Binaan Subjek    
 Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut:  
i) Kata nama   
ii) Kata ganti nama 
iii) Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama 
iv) Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama 

1.2.1 Subjek kata nama        
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan seperti rajah berikut:  

Subjek ( Nama Am)
Predikat
1. Abangnya  
2. Mempelam itu
3. Jejentik itu
4. Sungai ini

juruterbang.  
untuk ibu.
menjadi nyamuk.
sangat dalam.
Subjek ( Nama Khas)
Predikat
1. Osman
2. Perdana Menteri Malaysia
3. Si Tompok
4. Bukit Frazer

penyanyi terkenal.
telah melawat Eropah.
mencakar dinding.
d negeri Pahang.
Subjek ( Nama Terbitan)
Predikat
1. Masakan ini
2. Pukulannya
3. Kenangan
enak sekali.
sungguh  kuat.   
mengusik jiwa.





                                                                                                                      












No comments:

Post a Comment